Sunday, November 10, 2013

what i love now

What i loveeeee now isssss...tadaaaa...



 I love to see this little red riding hood grow up depan mata aku. Ya, dia satu-satunya my little niece yang 

aku boleh tengok setiap pergerakan dia. Aku rasa nak update setiap telatah dia sebab dia sangat 

nakal and fast learner. Apa yang ibu, baba or aku buat depan dia, mesti dia ikut. 

Sebab tu kami lebih berhati-hati bercakap bila kami sembang depan dia. 

Yes, i really love to see her everyday. Setiap pagi, bila dia buka mata, kami akan bagi salam.

Nanti dia akan sengih nampak gigi 8 batang tu. Kalau celik je merengek-rengek, ok buatlah persiapan

tengok dia mengamuk. Sekarang kitorang beli kucing untuk dia sebab dulu dia selalu pegi bertenggek

kat luar rumah sebab duk main kucing kampung yang datang cari makan kat rumah..

Tapi kucing yang kitorang beli ni aktif so selalu lah pegi jilat-jilat kaki n lompat-lompat.

Dhiya jadi takut sikit jadi dia selalu gaduh ngan Simon tu. Simon tu pegi duk atas laptop dia, dia akan

marah-marah mengamuk-mengamuk suruh halau. Kitorang 'tak pening' langsung, huh!


Sekarang aku dah terjatuh cinta jugak ngan Simon ni.. Sebab Simon agak manja tapi agresif..

Kadang-kadang aku rasa nak lempang dia sebab dia suka cakar-cakar.

Menaikkan amarah aku jeeee..hewhew

Thursday, October 24, 2013

get out from my life

Hi sweetheart,

Kalau baring-baring mesti ada benda rasa nak update kat blog, tapi bila buka blog, tak tahu nak mulakan 

dari mana. Eceh, macam kisah putus cinta yang sangat panjang lak kan. Ok, arini macam xtahu jugak nak 

update pasal apa, tapi cuba lah jugak tulis pape kan. Dari berhabuk xbuat apa.

Jadi sekarang aku memang addicted terhadap shopping handbag dan kasut. Tapi disebabkan gaji memang 

sangat 'besar', aku sudah mula berfikir untuk menguruskan kewangan dengan hebat. Perancangan harus 

gempak walaupun diri sendiri tahu tidak mungkin 50% pun yang jalan.hewhew. Jadi untuk mendapatkan 

dana bagi menampung nafsu membeli aku ni, aku selaaaaaalu terfikir aku nak buat preloved barang aku. 

Ya, aku memang nak buat preloved tapi aku xtau saluran mana yang akan membantu aku. Baju-baju yang 

xmuat, yang xpakai agak banyak, selalu cakap nak bagi anak-anak yatim la, nak bagi anak-anak buah la, 

tapi sampai harini, guni baju tu xgerak-gerak pun. So, aku rasa preloved ni sesuatu yang xperlu guna tenaga 

yang banyak sangat. Just upload and sell it. Tapi tapi tapi, kalau guna instagram, follower aku berapa kerat 

je, bukan macam blogger-blogger lain. Kalau guna facebook, 

macam segan pulak duk asyik upload gambar. Annoying lah kan..Arghhh semuanya mematahkan semangat 

aku..Jadi aku kuburkan lagi hasrat hati aku. Ok, memang tak guna sangat hidup aku kan?

Sekarang yang boleh bantu aku membeli belah adalah mengepau kakak-kakak yang baik hati jerla..

Mission Accomplished!!bahahahahaha..hukhuk *terbatuk lak*


Kita nak jual yang ni pun masih tak laku-laku. Sedih kita. Kita nak beli kasut baru. Kita pakai sekali je 

kasut ni terus sakit kaki terus cedera parah terus tenat. eh tipu.. Terus berparut sebab melecet. Sobs.


Ni menunjukkan nafsu membeli belah yang ada dalam diri. Semua duk tunggu aku kat kerusi aku pilih baju.

Menyayangi mereka!!!


Thursday, September 5, 2013

DIY Birthday Party Dessert Table

Wahhhh...tetiba bila tengok balik decoration untuk majlis rumah terbuka dan ulangtahun pertama Dhiya, 

rasa berbangga lak dengan kekreatifan diri walaupun semuanya sudah siap pasang.hewhew

Ok, mari bercerita tentang DIY decoration dessert table. Dengan penuh excitednya aku dengan cekcik 

(kakak) nak buat dessert table macam Sazzy Falak buat masa birthday anak dia. Fefeeling retis 

jugaklah.So kitorang pun survey lah harga package dessert table. Tanya punya tanya, semuanya rm1000++ 

ke atas. Mak aih!!!tak mampu eden. Hilang terus feeling retis.

Jadi, cekcik dengan kuasa duitnya, lantik aku jadi pendeconya. Eh cam pelik bunyinya. Aku dengan mata 

kuar duit kecing-kecing terima tawaran tersebut.

So, kitorang ke Balloonbuzz untuk beli peralatan pasang siap. So, kitorang tempah belon n beli banner or 

ape ntah orang panggil. senang cite barang-barang hiasan la. Selesai!! Then kek lak aku tempah kat 

Anis Magic Finger kat shah alam. Kek dia sedap dan cantik. Pinggan untuk letak kek kitorang beli kat 

KK Deco dan sangat disarankan kalau nak beli barang hiasan better ke sini sebab barang-barang banyak 

choice dan agak murah. Dengan 3 tempat ni, meja dessert kami hampir selesai. 

Dan bila dikira-kira, lagi murah dari upah orang decokan..

Jadi, inilah hasilnya.

ok la kan?takde lah teruk sangat kan..
Yang merah kat depan tu hanya tisu sebab xsangka lak canopy service bagi alas meja kosong camni. 

Jadi colaboration dengan anak buah aku, dorang lekatkan tisu kat depan.

Nampak tak secara keseluruhannya?
Ok, secara keseluruhannya macam serabut sebab belon banyak sangat kan..But ok kot first trial.heeeee....



Haaa..ni kek nya. luar cantik, dalam sedap. thumb up!


Itu sahaja secara ringkasnya hasil tangan buat decoration walaupun asyik gaduh ngan cekcik pasal pemilihan 

pinggan untuk letak dessert tu. Semua yang aku buat dia kutuk. Aku xde hal punya..Bukan sakit pun kena 

kutuk..bahaha =D









Wednesday, September 4, 2013

Dhiya 1st birthday

Assalamualaikum readers..ahaks

Harini 1st birthday anak buah aku ..beliau lah satu-satunya anak saudara aku yang membesar di 

depan mata ku. Yang lain takyah cakap lah, aku balik sekali muka bulat, balik kali kedua muka gelap 

sikit n dapat merangkak balik lagi sekali tengok-tengok dah dapat jalan..tapi yang ni, aku duk ngan die,

sembang ngan dia (tipu), cubit sikit, senang cite aku tengok die dari die bayi sampai lah 1st birthday dia

arini.

Beliau adalah Nur Dhiya Jafni Bt Johari dengan tagline tersendiri beliau,

"adik comey kalau adik tak mengamuk".. =)

Tagline ini digunakan sebab beliau dari kecik sampailah sekarang memang boleh nangis tanpa sebab.

Kalau larang or tahan dia dari buat sesuatu, memang mengamuk jerit satu dunia dengar. hebat kan beliau??

Sangat gemuk

Masih gemuk

Sebelum demam

Sekarang

Dah slim


Happy birthday adik. Semoga jadi anak yang solehah okey? Jangan nangis-nangis tak tentu pasal lagi ok? 

Nati ceksu beli kucing comel untuk adik deh3??Adik mesti suka...


Monday, June 17, 2013

Monday Blues


Assalamualaikum semua..

Sesungguhnya arini aku sangat malas untuk pegi keje..Tapi apakan daya, bila bangun pagi ni aku tak ngantuk 

dan senang untuk bersiap-siap ke tempat kerja..jadi aku bawa diri seperti biasa. Sampai je di ofis aku 

tekanan perasaan tengok meja dan alat-alat tulis aku semua hilang..Tengok-tengok lagi, banyak kerja yang 

aku tinggalkan untuk mereka buat sendiri masih di meja aku..ok aku tak bengang.
.
.
.
Alhamdulillah, aku baru selesai menunaikan umrah pada 31 Mei - 11 Jun aritu..tapi aku masih belum 

bersedia untuk update mengenai perjalananku dan pengalamanku di sana. Alhamdulillah sekali lagi im doing 

well walaupun pada 3 hari terakhir aku uzur perempuan(period). Bila aku dah rajin edit-edit gambar aku 

akan update..Sekarang mood jetlag masih berleluasa..kemain sikit,huhu

teaser #menarajambesar

Monday, May 27, 2013

Gagal itu ujian Allah


Hai reader...

Minggu lepas lepas aku ada tulis pasal interview kan..jadi salah satu dari nya dah dapat result..ok senanya ini 

adalah harapan aku paling tinggi nak sangat..Tapi apekan daya ianya takdir Tuhan dan bukan rezeki 

aku..Aku sudah gagal dengan jayanya ujian bertulis PTD..uwaaaaaaa...*lari lompat katil tekap muka ngan 

bantal nangis*

See!!!

Rasa nak bunuh seekor ayam hutan..Nak bunuh diri xbau syurga plak..Rugi lagi..Muda-muda dah mati..amal 

jariah tak cukup..hukhuk.

So, i have another two chances..dont know bila result nya boleh tahu...I'allah setelah pulang dari Tanah Suci 

aku dapat berita gembira..Tuhan bukakan pintu rezeki ku seluas-luasnya..I'Allah..

tapi alhamdulillah orang disekeliling ramai yang tenangkan aku..Betul kata mereka, aku grad tak sampai

setahun pun lagi..Kakak aku pun cakap, untuk perkara lain Tuhan dah bagi jalan yang sangat senang untuk 

aku..

Ape aku nak?? Keluarga besar dan bahagia??

Nah!!


Nak ape lagi? Kawan-kawan yang menggembirakan?

Nah!!



Sori kalau kawan-kawan memang takleh upload semua la nanti seminggu baru siap..

Ape lagi aku nak?Nak kereta?Nak duit?Nak handphone?Nak kawen?ok yg ni memang takdapat..

Jadi Tuhan nak aku rasa susah sikit pada jalan ini..Biar aku tahu erti susah dan bersyukur..perancangan 

Allah adalah yang terbaik..Jadi, kegagalan ini hanyalah satu ujian yang saaaaaangat kecil dari 

Allah..berbanding orang yang laaaaaaagi susah hidupnya dari kita..kan?

Tuesday, May 14, 2013

Percayakan Allah


Percaya lah Tuhan sangat dekat ngan kita dan Maha mendengar..


Dari pagi semalam lagi emosi aku terganggu sebab memikirkan kerjaya..Yerla kan..member-member keje 

gaji semua besar-besar..Aku lak keje kontrak je..Jadi aku termenunglah fikir bila aku akan dapat kerja yang 

ade payslip..yang tetap..jadi jiwa aku kacau sehinggakan aku rasa nak nangis..Tapi semalamlah hari aku 

bersungguh-sungguh fikir pasal kerja..Aku pegi post kat wall family group suh orang carikan aku keje..Sape 

tegur aku kat chat, aku suh carikan keje untuk aku..Ya, aku begitu memikirkan soal kerja..sangat!!!Aku pegi 

buka semua page jawatan kosong..aku apply kat jobstreet semua..Sampailah kul4.30 petang gitu la..Aku 

dapat call..Masa first dia cakap aku tak dengar dia cakap dari mana untuk apa..tapi dia tanya aku willing tak 

nk travel dari klang(umah sekarang) ke Petaling Jaya..Sebab dorang nak panggil interview untuk position 

Finance Assistant..Aku pun cakap lah aku akan datang interview tu dulu..Yerla kan, nak atau xnak tu lain 

kira la..kita pegi la dulu interview tu kan...

Abaikan hari yang salah


Lepas dia letak phone..aku terus rasa nak nangis lagi sebab Allah Maha mendengar..aku macam 

Mashaallah..Tuhan sangat dekat dengan aku...aku baru merintih pagi tu, petang dia dah bagi berita gembira 

kat aku..walaupun tak dapat kerja yang kita nak, tapi Allah kurniakan sesuatu yang kita perlu..kerja!

Then lepas tu jugak, aku terfikir pasal call dari kakak aku yang cakap ada interview terbuka kat 

Tabung Haji Terengganu 15&16/5..Masa dia call ahad tu aku macam fikir xsempat nak balik..tiket mesti 

mahal semua..Tapi semalam aku fikir...Allah dah buka jalan rezeki aku..why not aku berusaha sikit untuk 

semua tu..Dahla aku belum sempurna pun tunaikan perintah Allah..sembahyang lambat..suka lawan cakap 

mak..dan banyak lagi lah..tapi Allah still tolong aku..Jadi, aku buat keputusan untuk balik Terengganu lepas 

interview di Petaling Jaya esok..Maknanya 15/5 aku interview di Petaling Jaya, 16/5 interview kat 

Terengganu, 17/5 keputusan peperiksaan pegawai tadbir..Frens, doakan semuanya berjalan lancar..Doakan 

berita baik untuk aku..Tq semua..


Thursday, May 9, 2013

About Sofina bag


Hey youuuu....

Sangat-sangatlah gembira bila berjaya dapatkan apa yang kita nak...Ok memanglah apa yang kita mahukan 

itu hanyalah nafsu semata-mata tapi itu kepuasan kan?Or maybe ia satu rewards kepada diri sendiri..

Dah keje penat-penat(baca:goyangkaki), mestilah nak reward diri sendiri kan?

Kalau aku, aku selalu reward diri aku dengan ke website www.fashionvalet.com...Dapat reward kan mata 

dah cukup ok..

Tapi masa balik mengundi aritu tiba-tiba tengah scroll down fb, terus nampak restock Sofina bag..

Lincah aku lari pegi luar rumah sebab dalam rumah line slow..nak grab satu...aku dah lama nak beg tu sebab 

nampak cantik sangat designer dia pakai..warna-warna pun cantik...Tapi aritu cam duit takde lagi..hukhuk


pilih kuning sebab adore Vivy Yusof
Cantikkan warna kuning ni?Ada 6 kaler semuanya..tapi masa aku tengok hanya tinggal 4 kaler je lagi..

Semua cantik-cantik tapi akhirnya aku pilih warna kuning..

Dari segi kualiti material aku rasa sangat ok sebab kalau kotor senang nak bersihkan and ia nampak 

solid(baca:kukuh)..aku pun harap ia solid sehingga bertahun lamanya.Memang berbaloi sangat aku beli..

Tapi aku rasa beg ni sesuai untuk student sebab saiz dia besar boleh letak buku and laptop sekali..Kalau nak 

bawa pegi jalan-jalan bagi aku ia terlalu besar..Tapi kalau tengok Vivy Yusof pakai cam cantik

je..hurmmmm...

Semalam bila dah dapat parcel..laju pegi jeleskan rakan-rakan..



Cakap jela jeles kan?=P



Wednesday, May 1, 2013

Bila dah jadi habit mulut


Kita selalu dengar kan member-member laki kalau sembang kemain bahasa dorang macam kasar kan..tapi 

sebenarnya bukan sebab dorang mulut longkang, hati busuk ke atau dorang memang sengaja cakap 

buruk..tapi sebenarnya habit mulut dorang terkeluar secara tidak sengaja..

Contohnya macam masa aku duk asrama dulu..budak lelaki lah yang biasa buat..Bila dorang nak g makan 

kat dewan makan terserempak ngan kawan yang baru siap makan..

"hoii..makan ape gila?"

"Roti sosej je"

"Sedap tak gila?"

Haaaa..nampak tak habit mulut dorang bercakap..

Sama jugak masa drive kereta...bila orang depan bagi signal kiri, tapi masuk kanan...kita yang kat belakang 

terus terkeluar..

"Gilaaaa!!!"

Yang peliknya pemandu rilek je cakap "astaghfirullah..."

Kalau dah habit, duk belakang pun suka maki orang...habit mulut..*eh terasa lak*

Kalau baca timeline twitter member-member pun sama..bila kawan dia tanya..

"sedap tak lagu tu wei?"

"Sedapla gila...sape nyanyi?"

Sebenarnya tercerita benda ni bila aku terfikir dalam kereta tadi..padahal aku kat belakang je..ada kereta 

depan belok kiri tak bagi signal..abang ipar aku rilek cakap astaghfirullah, aku pegi bantai cakap gila..

Selalu sangat aku jadi mafia jalan raya maki-maki orang dalam kereta..bila orang pandang balik, orang tu 

lelaki, aku terus pandang depan buat-buat nyanyi..*goyang sikit* hikhik


Tuesday, April 30, 2013

Jujur


Semalam aku pegi tukar cermin cerminmata aku..sebab yang lama dah tak boleh pakai 

sebab tak cukup kuasa(baca:power)..Cermin mata yang lama tu frameless dan yang aku pakai sekarang ni

full frame pastu tebal lak..Jadi kalau pakai yang takde frame orang perasan la kan..

Jadi bila aku pakai yang frameless tu..ada sorang staff tu tanya..

"Tukar spek baru ke?"

Takla..tukar cermin je...

"Oooo....HUDOH!!"


Lupa nak tanya..pakai yang lama cantik ke?ok buwerk diri sendiri..hek3

Ok...hati tak sentap langsung...langsung tak ok!!grrrrrrrr......

Jujur kan ofismate aku?Tapi aku xpernah amik hati pun ngan dorang...sebab we are sooo close..Pastu 

dorang semua dah tua n dah kawen...

Pastu lagi aku je gadis di ofis ini..jadi aku memang cantik..takkan nak cakap dorang cantik lak kan???

hihi..*sedapkan hati sendiri*


Cinta itu membutakan


Bila si kurus jatuh cinta pada si gemuk..segalanya kelihatan cantik pada mata si kurus...

Kata si gemuk...

"Bila nak kawen..bagi masa setahun kat saya..saya nak kuruskan badan dulu.."

"Eh buat apa nak kurus?"

"Kurus la cantik pakai baju kawen cantik tak nampak lemak"

Lalu si kurus cakap...

"Alaaaaahhh...semua tu boleh edit la..tak payah kurus pun.."

Ark???Ok hati si gemuk tak panas pun....

Bila si gemuk cakap...

"Cantiknya orang tu pakai baju..emmm orang kurus cantik kan?"

"Cantik ke?eh taktahu lah cantik macamana..sama je..Orang gemuk tak cantik ke?

Awak cantik je"*ayat pancing*

Heh!!!takde perasaan ke?

Si gemuk cakap lagi...

"Nati kalau tak kurus..awak tinggal saya..sukakan yang kurus dan cantik"

"Yeke?Pastu orang gemuk orang tak suka ke?Hati baik, ok ape.."

Amaigad, adekah cinta itu betul-betul membutakan?

"Awak tak malu ke jalan sebelah saya orang cakap..gemuknya awek dia..dia kurus je.."

"Orang gemuk untuk orang gemuk je ke?Kesian la orang gemuk...Itu diskriminasi..."



Ok..kesimpulannya..cinta itu memang membutakan... =)


Monday, April 29, 2013

tak pandai masak???


Semalam after hantar abang aku ke stesen bas..kitorang pegi lah jalan-jalan kat Giant..So, bila sampai kat 

bahagian makanan segera..bahagian yang makanan dalam tin tu..bahagian ape orang panggil?lantak lah 

kan..yang aku nak cite adelah...isteri-isteri atau gadis-gadis yang diluar sana yang tak pandai masak

 tu(ok termasuk aku lah)...no worries beb..semua makanan sekarang dah ada yang siap dalam tin..Setahu 

aku, dulu hanya ada macam sardin dan kari-kari biasa je kan..tapi xtaula kalau ak memang ketinggalan..

Sekarang, kau nak apa?

Sup tulang?sup ekor?kari kambing?kari ayam?sebut dan cari saja..xperlu penat-penat fikir..juz perlu 

panaskan je..easy right??fuhhhh lega hidup...Si suami kan pegi keje...konon nak seprais kan sang suami yang 

anda ni pandai masak..kalau hujung minggu pun sang suami mesti tunggu nak makan je kan..tak masuk 

tolong punya...beli je yang dalam tin tu dan panaskan je..alter-alter la sikit kasi rasa tak dalam tin 

sangat...Tapi untuk sementara pandai masak sendiri la sebab lama-lama kecundang jua sebab makanan 

dalam tin ni memang ada rasa yang lain sikit dari homemade..But ok la kan dari tak masak langsung untuk 

suami...hihihi.

Haaaaahhhh..sambal tumis ikan bilis pun nak ada dalam tin..padahal paling senang kan..

Rasanya ok la dari xpandai masak langsung kan,,,

Tuesday, April 23, 2013

Mentaliti Kita


Terlalu sangat terjadi kepada manusia-manusia diluar sana yang suka bagi assumption macam-macam bila 

baca post-post orang kat laman sosial..aku pun macam tu jugak kadang-kadang..syaiton banyak kan..hiks. 

Xnafikan la..tapi jangan la sampai mengeruhkan keadaan orang..Xbaik kan?

Ok contohnya macam ni..ade awek ni post kat fb die..

"sedihla macam ni..mungkin sampai sini saja kot"

Mentaliti kita pun terus set...

"Eleh minah ni..gaduh ngan boifren lah tu..itu pun nak post ke?"

Pastu dengan hati prihatinnya...kau pun pegi komen...

"its ok sayang...banyak lagi lelaki diluar sana..tinggalkan je.."

Pastu 5000 fren awek ni pun baca komen tu..lalu pegi pm minah ni..

"eh dear, you dah break ke?"

Minah ni terpinga-pinga..padahal die post pasal keje dia..dia sedih kat ofis sebab kena marah kat bos..dia 

dah buat banyak silap n nak brenti keje la..xke dah keruhkan keadaan dia kan?

Apakata anda bila tengok gambar ni?
"Ingat kiut ke?"
Heyyy..dia hanya seorang kanak-kanak

Lain contoh ehh..bila orang post..

"Eh asal rasa berdebar-debar macam ada yang nak merisik ni?=)"

Siap ade smiley lagi kat belakang..

Mentaliti kita dan keprihatinan kita..

"Eh, dia ni dah nak kawen ke?"

Lalu mesej boifren awek ni..

"Bro, xtau pun kau dah nak risik si Kamelia(kemain nama novel) tu?ke sape nak risik awek kau ni"

Boifren yang xtau apa-apa ni terkejut dan melatah terus mesej awek dia..

"Bila lak saya nak risik awak ni?Ke ade sape-sape nak risik awk n awk xbgtau sy ni???"

Lalu mereka pun perang dingin..X ke keruh keadaan mereka..

Padahal minah tadi ada penyakit kencing manis..bacaan kencing manis dia tinggi sangat sampai rasa 

nerves..*berdasarkan pengalaman ma dan abah*..pastu post comel-comel cover ade penyakit kencing 

manis..tak pasal-pasal gaduh ngan bf..

Ini contoh peserta kencing manis.haha.sorry bah..=P

Plisla..jangan la amik sirius sangat post-post orang ni..memanglah salah dia jugak buat post yang 

menimbulkan fitnah..tapi kalau mentaliti kita kiut, semua yang kita baca kita akan rasa kiut..betul x?

Orang kata ; "Pehal la minah ni gambar kat pantai canggini pun nak masukkan"
Fuhhhhhh...pikir kiut plis..."Penyayangnya dia bawa baby pegi pantai"..haaa..canggitu la..=)

Thursday, April 18, 2013

Pos Laju


Bila setiap kali aku buat pembelian online..aku mesti guna alamat ofis sebab kat umah takde orang..

Bila pertama kali sampai parcel, staff akan anta naik atas..kali kedua masih ok naik hantar dan tak tanya 

pape lagi..masuk kali ke tiga parcel sampai...lalu..

"hoiiii...ingat ni pejabat pos ke?hari-hari ada parcel.."

aku gelak lalu blah la..

Selepas berhari-hari diperli dan dicerca...aku masih..........

Tadaaaaaaaaaaaa.............


Hahaha...ada aku kesah kata-kata keji mereka..membesar pun dengan kata-kata nista..setakat perli macam tu 

xlut lah wei...peace yooo..

Arini staff yang terima parcel tanya orang yang anta parcel tu..

"Dik, ini seluar dalam ke?"

Pakcik itu tidak kelakar langsung kan?*mata ke atas*

Wednesday, April 17, 2013

Mari tunaikan tanggungjawab

Apabila kebosanan berada di ofis melampaui batas-batas kerja..maka terciptalah satu
 
kegilaan..iaitu..kegilaan terhadap permainan masa kecil-kecil dulu...POU!!!
 
 
Ok, ingat tak dulu kalau masa sekolah ada alat mainan yang boleh gantung kat beg sekolah yang
 
watak mainan tu macam digimon..pastu kita kena bela bagi makan..bagi main..kalau dah mati tak
 
boleh hidupkan balik..ingat x, ingat x..yang bila kat sekolah selalu nak kena rampas..tapi xingatlah
 
nama apa.. =P sekarang dah moden, boleh download je then bela lah macam biasa..
 
Tapi bila pengembalanya kurang tanggungjawab..maka ini lah jadinya..
 
kesian pou hampir mati..kemain ade eyebag si pou ni tak cukup tido..
 
Pada sesiapa rasa diri kesunyiaan dan dah rasa nak ada anak sangat..haha cuba lah main pou..Boleh
 
tahu lah sejauh mana tanggungjawab anda...kemain pandang serius hal tanggungjawab..mainan je
 
pun..lalalala

Tuesday, April 9, 2013

Ayuh kembali ke sekolah


Seperti sedia maklum..minggu ni aku ada exam PTD..jadi untuk berjaya, kita harus ada usaha lah kan?

Jadi, sebagai persediaan menghadapi exam tersebut, aku dengan jayanya beria-ria cari buku panduan exam 

dan juga buku Malaysia Satu. Malangnya, bukan aku seorang saja yang nak berjaya dalam hidup..malah 

ramai lagi manusia yang lebih cekap dari aku pegi beli buku Malaysia Satu tu sampai dah habis stok semua 

kedai buku sekitar kuala selangor dan shah alam..ohmai..ohmai..asal semua rajin ni??

rilek2 dah la..jawab ikut logik jela..*muka takpuas hati*

Disebabkan kejayaan haruslah diiringi dengan usaha, jadi aku beli lah 2 buah buku panduan exam..

ada usaha kan3?? =P



Bila sampai rumah, aku dengan megahnya bawa kuar buku nak baca..

ok, "tajuk 1. Pemerintahan Malaysia" *diiringi menguap*..hish syaitan ni!!ok masuk perenggan ke2 

plak,"Mengikut Perlembagaan  persekutuan..huarghhh...huarghhh..huarghhhh...,Yang Dipertuan......."

Apekah maksud di atas??maksudnya di sini, apabila status bertukar menjadi pelajar yang kena duduki exam, 

syaitan sangat banyak dalam buku..sirius,tak tipu!!!kalau xcaya, cuba buka buku ilmiah..kompem!!

Jadi kesimpulannya, memang xdan nk baca lah weiiiiiiiiiiii....aiyo!

Kalau aku gagal, jangan salahkan rezeki..salahkan aku..tolonglah salahkan aku..*tunduk insaf*

Tadi alang-alang ke Jusco pegi cari buku..kitorang g makan-makan dan aku cuba mencari alat bantuan 

hilangkan jerawat dan parut..maigod ia sungguh teruk di muka ku sekarang..tahap chickenpox dah ni..sobs.



Tersangatlah sedap BBQ Beef ini..Anda harus mencubanya..#Johnny


Oleh sebab sekarang dah adore Dena Bahrin, jadi terpengaruh sikit dengan produk yang dia promote..laju 

pegi terkam kat Farmasi..Harga pun tak pengsan lah ya*tangan kat bahu*..125ml je pun..tapi tak mengapa 

lah..harus berkorban..


Vitamin Oil Organic Aid ni sangat-sangatlah melekit sampai aku konpius..eh ni gam ke minyak ni?bau dahla 

macam gam..melekatnya tahap gam UHU 2..sampai sekarang aku konpius camne cara nak pakai sebab kat 

botol dia takde bagitau cara-cara...

Diharap dengan usaha yang aku cuba lakukan ini..aku akan berjaya..ihiks!


Monday, April 8, 2013

Saya Datang Lagi

Owh.. diriku baru menyedari bahawasanya diriuku mempunyai sebuah blog yang sudah terbiar agak

lama..Sekarang aku telah menyahaktifkan laman

sosial yang bernama Facebook dan Twitter..Ya lah kan..laman sosial sekarang tempat orang mengorek

cerita tentang kita kan..Saya rasa xde baiknya meneruskan keseronokan stalkers2 diluar sana dan

mengeruhkan lagi keadaan diri kita..kan??Tapi buat masa sekarang la.. Xtaulah nati kan. Diriku xdelah akan

menyahkan selama-lamanya..aherher *amir style*

Sebenarnya tak tahu nak share kan cerita tentang apa sebab kebelakangan ni makin menyedari diri

sudah ketinggalan jauh dari rakan-rakan seperjuangan.. Tapi Tuhan Maha mendengar permintaan

hambanya..

Alhamdulillah, di atas urusan sri paduka baginda eh kemain..13/4 ni saya akan menghadiri exam bagi

jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik..

Yap, ia hanyalah peperiksaan sahaja bagi menentukan saya ke peringkat

seterusnya..bukanlah peperiksaan untuk menentukan saya untuk mendapatkan jawatan tersebut..

Masih jauh lagi untuk menggapai jawatan tersebut..But ia berita baik bukan?

im happy but im happy..hikhik.

Kepada readers xkira lah yang kenal saya ataupun tak..doakan saya berjaya menjawab peperiksaan

tersebut dengan jayanya otey??*bajet kiut guna otey*

Tahun depan dah nak kawen lah kalau berjaya dapat jadi pegawai tadbir..hikhik. Bukan gatal, tapi tapi

memang gatal nak kawen kan??hahaha..Itu hanya gurauan saja ya  rakan-rakan..jangan pandang sirius..

no no no..

Rasanya itu sajalah untuk entry kali ni..Bila dah dapat cerita yang harus dikongsi..saya akan kongsikan..

eh sebenarnya baru perasaan..Asal guna kata ganti nama diri saya ni??pehal ni??pehal??

ok, saya lagi baik bunyinya kan?xsalah kan3?Walaupun agak xsesuai ngan diri ini..tapi ok kan3??

katakan ok!!

Disebabkan laman sosial lain dah dinyahaktif..jadi diriku akan cuba banyakkan mengupdate blog walaupun

followers hanya ada 12orang..haha. sungguh kelakar jumlah follower ku..

But its ok..im trying hard untuk tambah follower okeh?


Ini adalah budak yang selalu berlakon untuk mendapatkan perhatian..emmm mungkin ikut perangai mak 

beliau..



Majlis mencari jodoh..eh?Diriku memakai tudung versi zaman zaiton sameon..tersangatlah memalukan..

This is my toys..Dialah tempat ku membuli..hoho merry christmas..!!