Friday, October 19, 2012

Paradise


Memang dasar gajah selalu dilabel sebagai makhluk tuhan paling kuat dan hidungtelinga paling besar di muka bumi. Tertarik dengan 'kisah gajah lari dari zoo' sambil naik basikal tayar satu jumpa rakan-rakan kat Madagascar sampai 'Coldplay' buat lagu mencecah ratusan juta penonton.



Lukisan portrait gajah pada dinding dan berdikari untuk kebebasan membuktikan gajah mempunyai nilai tersendiri..


*kadang2 manusia lupa yang makhluk ciptaan tuhan yang lain juga memerlukan kebebasan.

::Fasa baru::

My blog will start new 'fasa' coz somebody will update my blog together. Manis kan? aha!



Monday, August 6, 2012

::kesempurnaan akan datang sendiri::



tak bodoh seseorang yang kacak mencintai si buruk rupa^_^

Thursday, July 26, 2012

::Saat Bersamamu::

Lama sangat xupdate blog..banyak benda nak cerita..tapi macam dah basi nak cerita...xpelah,saya update gambar-gambar saje..heeee..

Last moment before balik kampunag aritu..sempat pegi makan-makan n jalan-jalan kat Setia City Mall..tapi hanya b'enam sahaja..






Layan boling sepukul






yang ni bajet cover album Sofaz





Sangat merindui semua orang..

Wednesday, March 28, 2012

**goldfish in the middle of blue ocean**

Salam kegembiraan tak terhingga buat semua..minggu lepas rasa berbaloi sangat dengan kesedihan terpaksa korbankan 2 tiket penerbangan pulang ke kelantan dan juga terpaksa korbankan kegembiraan celebrate birthday bersama keluarga..kerna..kerna..kerna kesedihan itu telah di tebus dengan majlis sambutan hari jadi oleh kawan-kawan yang cukup lovely and understanding..=D

Siriusly lakonan mereka cukup mantap..sehingga aku tak dapat kesan langsung..mari aku kenalkan watak-watak dalam role play tak berbayar ini..di mulakan dengan dalila, farah radzi, wandiba dan shikin..Sesampainya di Empire, dalila mainkan peranan jauhkan aku dengan shikin dan wandiba sebab dorg kena urus kat Belanga..aku jadi bengang bila diba n shikin hilang..aku asyik suruh farah mesej tanya dorang kat mana..rupanya farah n dalila sengaja bawa aku jalan jauh-jauh..citt tau!sedang dorang melengah-lengahkan aku, mereka jalankan tugas...

nampak ketua kumpulan sebok berurusan

ini jemputan yang mengejutkan*yang belakang tu*

tetamu-tetamu yang hadir
Bila dorang dah setelkan semua nya, lalu, watak seterusnya adelah nazri..nazri datnag termengah-mengah cakap sori lambat sebab tunggu yang lain..ok,langsung xsyak pun sebab mereka datang asing-asing dari aku..

menunggu makanan tanpa sedari dipermainkan

sebelum makan
Before makanan sampai, aku bisikkan kat Del, "jom wei kita beli kek pavlova kegemaran ku, kita celebrate besday semua orang"..del dengan lakonan hebatnya, suh aku tunggu dulu, beli balik nanti..

Tapi..tapi..kebodohan pekerja di Belanga terbukti..lepas timah gitau suruh sediakan kek tu pada masa tu, sorang pekerja datang bawa pinggan kertas kek untuk di agihkan..tapi bodoh aku lagi terserlah bila aku ingat akan dapat makan percuma,maklumlah timah gitau aku, kedai dah nak tutup..hantuk-hantuk kepala d meja!!tapi sekali lagi aku  pandang, pinggan tu dah hilang..aih,ajaib!getus hati kecilku...

Tadaaaa....!!!Bertema kan ocean blue(kemain letak nama tema), mereka datang dari dapur dengan nyanyian yang gemersik..dari dapur mereka dah nyanyi tau..aku xtaulah mereka di didik oleh sape untuk nyanyi dari jauh sampaikan perasaan terkejut tu hilang..*dib, ko ke latih dorang ni??*

jauh tau dah nyanyi...

gembira dan kagum dapat belon sekali

nazri jugak d raikan bersama..

besday boy n gurl

ok,aku nangis sampai hingus jatuh kat pisau..haha


semangat sikit..

present from Nazri, Timah, Del n Ayu..mp3!!

jumlah kesemua peserta

sangat gembira...

meriah kan???
Tidak cukup dengan sambutan di Belanga Empire, kami ke Icity untuk meraikan dengan lebih gemilang..puii sikit!!!sikit je,xbanyak pun..



peserta ke i-city berkurangan..
Berterima kaseh pada yang menjayakan majlis ini dengan jayanya..mari senaraikan pelakon dan watak sekali..Diba-search tema, tetapkan warna tema juga pembelot utama kononya pegi berak*bersama shikin..citt!!Timah, Del n Nazri-beli kek,search tempat celebrate, cari hari yang sesuai, juga menjemput peserta n beli belon..Farah-ajk pengangkutan..Mang-remy ishak dalam video alyah*ahaks*..selebihnya adelah watak antagonis yang menjayakan majlis tersebut..thanks to all of you..pegi belakang pintu jap,nangis!

next attraction : exhibition and kisah mama papa..wink wink


Friday, March 2, 2012

::Grand prize untuk birthday ke 23::

Salam 2 hb mac 2012..jadi,pada arini aku berumur sehari..eh,kedengaran nye seperti baby comel baru lahir berkulit cerah, bermata besar, bermulut kecik dan berhidung mancung kan??ok, itu hanya ilusi semata-mata kerana sekarang aku berumur 23thn 1 ari...itu yang sebetulnya...

Pada umur sebegini, wish yang selalu d ucapkan, "semoga cepat kawen", "buleh doh slow2 nak nikoh tuh"..eh2, dorang ingat kawen macam buat cekodok ke??panas betol orang suh kawen ni..die xtau ke aku ramai sangat boifren sampai xtahu nak pilih mana satu nak jadikan suami sampai syurga ni???*sila tampar aku kiri kanan kiri kanan*

Tahun ni betul-betul xde majlis untuk hari jadi aku kali ni..katanya penaja,"kami dah muflis sikit,ekonomi merudum, jadi sambutan jugak merudum"..ok xpe, xkisah sangat janji hadiah xlupa..^_^
Semalam, penaja bawa aku pegi makan-makan di Hotel Istana..kata beliau, makan lah ape saje kek yang ade sebab kami tak mampu nak beli kek..sob sob sob..

Siriusly, kalau korang nak dinner buffet kat hotel, aku cadang kan d Hotel Concorde.. Hotel Concorde ni die punya lauk untuk makan dengan nasi putih sangat banyak and sedap-sedap..semalam, di Hotel Istana sangat sikit lauk pauk nye..rasanya macam tak berbaloi untuk buffet..

Semalam, pas balik dinner..kakak kat kampung mesej..

(telah diterjemaah)

Kak La : Adik dah tido?


Aku : Belum, nape?


Kak La : bila adik habis belajar? sebab ade orang tengah cari calon isteri
               nak bawak pegi oversea sebab nak sambung master kat sana..
               orangnye besar, sesuai untuk adik...kalau adik nak, k.la nak edjas..

Erkkkk????

Boleh tahan grand kan hadiah birthday aku tahun ni...ko hado???

Kepada kawan2, siap sedia untuk hadiri perkahwinan ku nanti..puiii...*tampar pipi sendiri laju-laju*




penaja utama



nampak tak penaja sibuk buat pembayaran

Ini hadiah dari penaja...
dari encik johari(abang ipar)


dari puan nordiana & paun norhafiza
Thanks pada yang wish..dan terima kaseh pada penaja sekeluarga juga kepada kak Norhafiza...eh,lupa ucapkan terima kaseh pada pemberi hadiah istimewa tahun ini, puan NorAzila, atas jodoh yang di aturkan..^___^

Friday, February 3, 2012

::keputusan terakhir aku::

Namaste jii..namaste semua...ucapan salam dalam hindi menunjukkan sedang menonton hindustan muvie..my shah rukh khan on b4u..korang xminat hindustan ke?best wooo,selalu happy ending..then semestinya hero akan dapat heroin nya..sebab 2 orang kelantan suka cakap bila dorang gagal sesuatu perkara.."hero x gadduh"...maksudnya,kalau hebat,xperlu nak kabut awal.-awal sebab akhir-akhir dapat gak..

Arini nak bercerita pasal pelaburan dalam kecantikan..ok,typical perempuan memang obses dengan kecantikan..tapi aku,tidaklah obses tapi aku juga nak menjaga wajah sebab ak sedar diri aku xsecantik maya karin, juz cantik setakat deepika padukon xpayah nak gebang lah kan..puii diri sendiri!!!

cantik kan beluai?

Aku sekarang mengalami masalah jerawat pada dahi..tempat lain xditumbuhi,tapi kat dahi je..aku ponin mengapa terjadi..lalu, aku search,kebanyakan yang aku jumpa katanya sebab tak cukup tidur..aku termenung seketika lalu menghitung jumlah masa tidur aku..aku tidur kul10mlm,bangun kul6.15..adekah itu tidak cukup??ajaib!!!

dulu....

pada muka n tempat lain no problem
sekarang!!!!!uwaaaa...
ini ngeri ya rakan2..lupakan tentang dahi seprti lapangan tebang sultan ismail..fokus pada  tragedi pada dahiku





Lalu, untuk menangatasi jerawat di dahi yang teruk, aku cubalah pakai produk kosmetik natasya..selepas beberapa minggu, keputusannya gagal!!!seterusnya aku guna produk NV sebab ramai kata produk tersebut bagus untuk jerawat..seminggu aku pakai,muka aku dah macam bontot monyet(teruknya!!), pedih dan kemerah-merahan bersama penggelupasan..aku xtahan,tapi aku tetap pakai pencuci mukanya sahaja..tapi lebih kurang sebulan, nothing and jerawat masih tumbuh d dahi..(jenis xsabar,nak effect cepat)

Jadi,pada 8/1/2012, aku buat keputusan untuk melabur sejumlah duit hasil derma kilat kakak aku..aku beli pencuci muka CLINIQUE..sepatutnya satu set 3-step tu harganya rm252..tapi aku jenis kedekut tak hengat,aku beli pencuci mukanya saja then dapat percuma toner dan pelembab yang kecik 2..aku bersorak kegirangan..jimat duit aku =P

Baru-baru ni aku selalu tengok iklan yang dark spot corrector clinique 2..aku kan banyak parut hitam di dahi tu..jadi aku menanam minat untuk membelinya..jadi,minggu lepas..aku ke kaunter clinique untuk bertanyakan harga..aku terus pengsan tegak bila tahu harganya..yang kecik dah rm230..demi nak berkulit licin xcantik pun xpe, aku banyak berselawat sambil menghulurkan wang kepada cashier..lutut menggeletar,tangan menggigil bila terpaksa kuarkan sebanyak itu..aku seperti menelan ganja, tidak sedarkan diri..*hiperbola semata-mata*


Jadi, aku harap pelaburan aku tidak sia-sia..fuhhhhh,kasi bomoh sikit!!