Wednesday, April 17, 2013

Mari tunaikan tanggungjawab

Apabila kebosanan berada di ofis melampaui batas-batas kerja..maka terciptalah satu
 
kegilaan..iaitu..kegilaan terhadap permainan masa kecil-kecil dulu...POU!!!
 
 
Ok, ingat tak dulu kalau masa sekolah ada alat mainan yang boleh gantung kat beg sekolah yang
 
watak mainan tu macam digimon..pastu kita kena bela bagi makan..bagi main..kalau dah mati tak
 
boleh hidupkan balik..ingat x, ingat x..yang bila kat sekolah selalu nak kena rampas..tapi xingatlah
 
nama apa.. =P sekarang dah moden, boleh download je then bela lah macam biasa..
 
Tapi bila pengembalanya kurang tanggungjawab..maka ini lah jadinya..
 
kesian pou hampir mati..kemain ade eyebag si pou ni tak cukup tido..
 
Pada sesiapa rasa diri kesunyiaan dan dah rasa nak ada anak sangat..haha cuba lah main pou..Boleh
 
tahu lah sejauh mana tanggungjawab anda...kemain pandang serius hal tanggungjawab..mainan je
 
pun..lalalala

Tuesday, April 9, 2013

Ayuh kembali ke sekolah


Seperti sedia maklum..minggu ni aku ada exam PTD..jadi untuk berjaya, kita harus ada usaha lah kan?

Jadi, sebagai persediaan menghadapi exam tersebut, aku dengan jayanya beria-ria cari buku panduan exam 

dan juga buku Malaysia Satu. Malangnya, bukan aku seorang saja yang nak berjaya dalam hidup..malah 

ramai lagi manusia yang lebih cekap dari aku pegi beli buku Malaysia Satu tu sampai dah habis stok semua 

kedai buku sekitar kuala selangor dan shah alam..ohmai..ohmai..asal semua rajin ni??

rilek2 dah la..jawab ikut logik jela..*muka takpuas hati*

Disebabkan kejayaan haruslah diiringi dengan usaha, jadi aku beli lah 2 buah buku panduan exam..

ada usaha kan3?? =P



Bila sampai rumah, aku dengan megahnya bawa kuar buku nak baca..

ok, "tajuk 1. Pemerintahan Malaysia" *diiringi menguap*..hish syaitan ni!!ok masuk perenggan ke2 

plak,"Mengikut Perlembagaan  persekutuan..huarghhh...huarghhh..huarghhhh...,Yang Dipertuan......."

Apekah maksud di atas??maksudnya di sini, apabila status bertukar menjadi pelajar yang kena duduki exam, 

syaitan sangat banyak dalam buku..sirius,tak tipu!!!kalau xcaya, cuba buka buku ilmiah..kompem!!

Jadi kesimpulannya, memang xdan nk baca lah weiiiiiiiiiiii....aiyo!

Kalau aku gagal, jangan salahkan rezeki..salahkan aku..tolonglah salahkan aku..*tunduk insaf*

Tadi alang-alang ke Jusco pegi cari buku..kitorang g makan-makan dan aku cuba mencari alat bantuan 

hilangkan jerawat dan parut..maigod ia sungguh teruk di muka ku sekarang..tahap chickenpox dah ni..sobs.



Tersangatlah sedap BBQ Beef ini..Anda harus mencubanya..#Johnny


Oleh sebab sekarang dah adore Dena Bahrin, jadi terpengaruh sikit dengan produk yang dia promote..laju 

pegi terkam kat Farmasi..Harga pun tak pengsan lah ya*tangan kat bahu*..125ml je pun..tapi tak mengapa 

lah..harus berkorban..


Vitamin Oil Organic Aid ni sangat-sangatlah melekit sampai aku konpius..eh ni gam ke minyak ni?bau dahla 

macam gam..melekatnya tahap gam UHU 2..sampai sekarang aku konpius camne cara nak pakai sebab kat 

botol dia takde bagitau cara-cara...

Diharap dengan usaha yang aku cuba lakukan ini..aku akan berjaya..ihiks!


Monday, April 8, 2013

Saya Datang Lagi

Owh.. diriku baru menyedari bahawasanya diriuku mempunyai sebuah blog yang sudah terbiar agak

lama..Sekarang aku telah menyahaktifkan laman

sosial yang bernama Facebook dan Twitter..Ya lah kan..laman sosial sekarang tempat orang mengorek

cerita tentang kita kan..Saya rasa xde baiknya meneruskan keseronokan stalkers2 diluar sana dan

mengeruhkan lagi keadaan diri kita..kan??Tapi buat masa sekarang la.. Xtaulah nati kan. Diriku xdelah akan

menyahkan selama-lamanya..aherher *amir style*

Sebenarnya tak tahu nak share kan cerita tentang apa sebab kebelakangan ni makin menyedari diri

sudah ketinggalan jauh dari rakan-rakan seperjuangan.. Tapi Tuhan Maha mendengar permintaan

hambanya..

Alhamdulillah, di atas urusan sri paduka baginda eh kemain..13/4 ni saya akan menghadiri exam bagi

jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik..

Yap, ia hanyalah peperiksaan sahaja bagi menentukan saya ke peringkat

seterusnya..bukanlah peperiksaan untuk menentukan saya untuk mendapatkan jawatan tersebut..

Masih jauh lagi untuk menggapai jawatan tersebut..But ia berita baik bukan?

im happy but im happy..hikhik.

Kepada readers xkira lah yang kenal saya ataupun tak..doakan saya berjaya menjawab peperiksaan

tersebut dengan jayanya otey??*bajet kiut guna otey*

Tahun depan dah nak kawen lah kalau berjaya dapat jadi pegawai tadbir..hikhik. Bukan gatal, tapi tapi

memang gatal nak kawen kan??hahaha..Itu hanya gurauan saja ya  rakan-rakan..jangan pandang sirius..

no no no..

Rasanya itu sajalah untuk entry kali ni..Bila dah dapat cerita yang harus dikongsi..saya akan kongsikan..

eh sebenarnya baru perasaan..Asal guna kata ganti nama diri saya ni??pehal ni??pehal??

ok, saya lagi baik bunyinya kan?xsalah kan3?Walaupun agak xsesuai ngan diri ini..tapi ok kan3??

katakan ok!!

Disebabkan laman sosial lain dah dinyahaktif..jadi diriku akan cuba banyakkan mengupdate blog walaupun

followers hanya ada 12orang..haha. sungguh kelakar jumlah follower ku..

But its ok..im trying hard untuk tambah follower okeh?


Ini adalah budak yang selalu berlakon untuk mendapatkan perhatian..emmm mungkin ikut perangai mak 

beliau..



Majlis mencari jodoh..eh?Diriku memakai tudung versi zaman zaiton sameon..tersangatlah memalukan..

This is my toys..Dialah tempat ku membuli..hoho merry christmas..!!




Wednesday, December 5, 2012

Kayuh

"Alam ini terlalu luas Ilmunya. Sejarah itu terlalu panjang sejarahnya. Yang berdosa jangan terus dikeji, yang mulia jangan terus dipuji. Elok keduanya ditimbang uji. Jatuh mana yang tidak ke bawah, rebah mana yang tidak tumbang, pinjam mana yang tidak hutang, bodoh mana yang tidak bangang..tapi jatuh belum tentu pecah, rebah belum tentu kalah, hutang mungkin akan berbayar, bangang mungkin akan pandai.."


~words of wisdom from Freddie Marciano

Sunday, November 11, 2012

Cerita Dia - Drama band

Hopefully lagu cerita dia dari drama band dapat ke akhir..one of song that

 Mang give to me masa mengorat dulu..eh,mengorat?pernah ke Mang 

mengorat aku?ok, abaikan..yang pasti lagu ni Mang pernah bagi suruh 

dengar..


Tahniah kepada member yang bertunang semalam..

Monday, November 5, 2012

untuk dhiya, hey!!


Semalam, genaplah umur nur dhiya jafni 2bln..dhiya will be a princess soon..aha!Jadi cantik macam ceksu ok?



Sarung kaki dhiya tu ceksu yang bagi..nati pakai sampai besar..ceksu beli mahal 2!!!hahha





 Xlupa jugak, kami menjemput artis baru harapan bagi memeriahkan lagi majlis.


Geng karaoke NurKhairunnisa..ini teman baik mereka..


 Nisa and boifren sayang



Semoga dhiya tidak menangis waktu malam lagi..i love u dhiya..csu sayang dhiya.

Sunday, November 4, 2012

party still on

Lepas kitorang habis exam akhir sem, then semua orang dah ade kerjaya sendiri, kitoramg kurang ade masauntuk keluar lepak-lepak, makan-makan, gosip-gosip dan tidak ketinggalan mencari jodoh..ehem!

Kebetulan birthday farah bulan10, jadi kitorang plan untuk buat seprais birthday party untuk beliau. Jadi, as event manager, Diba create invitation card approved by diriku..aha! Then diba send thru whatsapp and emel untuk semua peserta..

Party ada unsur-unsur dicancelkan bila farah cakap die nak pegi dating..kitorang kabut lah sikit..jadi, sebagai orang ketiga dalam hubungan, aku pun segera menelepon boifen farah. Aku paksa dia suruh bawa farah ke tempat yang kami booking itu...so, party still on when he follow our plan.GOOD JOB!!



Nampak tak ape tema yang di tetapkan? Tapi tengok dorang, ade ikut tema?useless!!!



Masih sempat menjemput untuk kenduri anak buah


boifren farah






Happy birthday farah.