Thursday, September 5, 2013

DIY Birthday Party Dessert Table

Wahhhh...tetiba bila tengok balik decoration untuk majlis rumah terbuka dan ulangtahun pertama Dhiya, 

rasa berbangga lak dengan kekreatifan diri walaupun semuanya sudah siap pasang.hewhew

Ok, mari bercerita tentang DIY decoration dessert table. Dengan penuh excitednya aku dengan cekcik 

(kakak) nak buat dessert table macam Sazzy Falak buat masa birthday anak dia. Fefeeling retis 

jugaklah.So kitorang pun survey lah harga package dessert table. Tanya punya tanya, semuanya rm1000++ 

ke atas. Mak aih!!!tak mampu eden. Hilang terus feeling retis.

Jadi, cekcik dengan kuasa duitnya, lantik aku jadi pendeconya. Eh cam pelik bunyinya. Aku dengan mata 

kuar duit kecing-kecing terima tawaran tersebut.

So, kitorang ke Balloonbuzz untuk beli peralatan pasang siap. So, kitorang tempah belon n beli banner or 

ape ntah orang panggil. senang cite barang-barang hiasan la. Selesai!! Then kek lak aku tempah kat 

Anis Magic Finger kat shah alam. Kek dia sedap dan cantik. Pinggan untuk letak kek kitorang beli kat 

KK Deco dan sangat disarankan kalau nak beli barang hiasan better ke sini sebab barang-barang banyak 

choice dan agak murah. Dengan 3 tempat ni, meja dessert kami hampir selesai. 

Dan bila dikira-kira, lagi murah dari upah orang decokan..

Jadi, inilah hasilnya.

ok la kan?takde lah teruk sangat kan..
Yang merah kat depan tu hanya tisu sebab xsangka lak canopy service bagi alas meja kosong camni. 

Jadi colaboration dengan anak buah aku, dorang lekatkan tisu kat depan.

Nampak tak secara keseluruhannya?
Ok, secara keseluruhannya macam serabut sebab belon banyak sangat kan..But ok kot first trial.heeeee....



Haaa..ni kek nya. luar cantik, dalam sedap. thumb up!


Itu sahaja secara ringkasnya hasil tangan buat decoration walaupun asyik gaduh ngan cekcik pasal pemilihan 

pinggan untuk letak dessert tu. Semua yang aku buat dia kutuk. Aku xde hal punya..Bukan sakit pun kena 

kutuk..bahaha =D









Wednesday, September 4, 2013

Dhiya 1st birthday

Assalamualaikum readers..ahaks

Harini 1st birthday anak buah aku ..beliau lah satu-satunya anak saudara aku yang membesar di 

depan mata ku. Yang lain takyah cakap lah, aku balik sekali muka bulat, balik kali kedua muka gelap 

sikit n dapat merangkak balik lagi sekali tengok-tengok dah dapat jalan..tapi yang ni, aku duk ngan die,

sembang ngan dia (tipu), cubit sikit, senang cite aku tengok die dari die bayi sampai lah 1st birthday dia

arini.

Beliau adalah Nur Dhiya Jafni Bt Johari dengan tagline tersendiri beliau,

"adik comey kalau adik tak mengamuk".. =)

Tagline ini digunakan sebab beliau dari kecik sampailah sekarang memang boleh nangis tanpa sebab.

Kalau larang or tahan dia dari buat sesuatu, memang mengamuk jerit satu dunia dengar. hebat kan beliau??

Sangat gemuk

Masih gemuk

Sebelum demam

Sekarang

Dah slim


Happy birthday adik. Semoga jadi anak yang solehah okey? Jangan nangis-nangis tak tentu pasal lagi ok? 

Nati ceksu beli kucing comel untuk adik deh3??Adik mesti suka...


Monday, June 17, 2013

Monday Blues


Assalamualaikum semua..

Sesungguhnya arini aku sangat malas untuk pegi keje..Tapi apakan daya, bila bangun pagi ni aku tak ngantuk 

dan senang untuk bersiap-siap ke tempat kerja..jadi aku bawa diri seperti biasa. Sampai je di ofis aku 

tekanan perasaan tengok meja dan alat-alat tulis aku semua hilang..Tengok-tengok lagi, banyak kerja yang 

aku tinggalkan untuk mereka buat sendiri masih di meja aku..ok aku tak bengang.
.
.
.
Alhamdulillah, aku baru selesai menunaikan umrah pada 31 Mei - 11 Jun aritu..tapi aku masih belum 

bersedia untuk update mengenai perjalananku dan pengalamanku di sana. Alhamdulillah sekali lagi im doing 

well walaupun pada 3 hari terakhir aku uzur perempuan(period). Bila aku dah rajin edit-edit gambar aku 

akan update..Sekarang mood jetlag masih berleluasa..kemain sikit,huhu

teaser #menarajambesar

Monday, May 27, 2013

Gagal itu ujian Allah


Hai reader...

Minggu lepas lepas aku ada tulis pasal interview kan..jadi salah satu dari nya dah dapat result..ok senanya ini 

adalah harapan aku paling tinggi nak sangat..Tapi apekan daya ianya takdir Tuhan dan bukan rezeki 

aku..Aku sudah gagal dengan jayanya ujian bertulis PTD..uwaaaaaaa...*lari lompat katil tekap muka ngan 

bantal nangis*

See!!!

Rasa nak bunuh seekor ayam hutan..Nak bunuh diri xbau syurga plak..Rugi lagi..Muda-muda dah mati..amal 

jariah tak cukup..hukhuk.

So, i have another two chances..dont know bila result nya boleh tahu...I'allah setelah pulang dari Tanah Suci 

aku dapat berita gembira..Tuhan bukakan pintu rezeki ku seluas-luasnya..I'Allah..

tapi alhamdulillah orang disekeliling ramai yang tenangkan aku..Betul kata mereka, aku grad tak sampai

setahun pun lagi..Kakak aku pun cakap, untuk perkara lain Tuhan dah bagi jalan yang sangat senang untuk 

aku..

Ape aku nak?? Keluarga besar dan bahagia??

Nah!!


Nak ape lagi? Kawan-kawan yang menggembirakan?

Nah!!



Sori kalau kawan-kawan memang takleh upload semua la nanti seminggu baru siap..

Ape lagi aku nak?Nak kereta?Nak duit?Nak handphone?Nak kawen?ok yg ni memang takdapat..

Jadi Tuhan nak aku rasa susah sikit pada jalan ini..Biar aku tahu erti susah dan bersyukur..perancangan 

Allah adalah yang terbaik..Jadi, kegagalan ini hanyalah satu ujian yang saaaaaangat kecil dari 

Allah..berbanding orang yang laaaaaaagi susah hidupnya dari kita..kan?

Tuesday, May 14, 2013

Percayakan Allah


Percaya lah Tuhan sangat dekat ngan kita dan Maha mendengar..


Dari pagi semalam lagi emosi aku terganggu sebab memikirkan kerjaya..Yerla kan..member-member keje 

gaji semua besar-besar..Aku lak keje kontrak je..Jadi aku termenunglah fikir bila aku akan dapat kerja yang 

ade payslip..yang tetap..jadi jiwa aku kacau sehinggakan aku rasa nak nangis..Tapi semalamlah hari aku 

bersungguh-sungguh fikir pasal kerja..Aku pegi post kat wall family group suh orang carikan aku keje..Sape 

tegur aku kat chat, aku suh carikan keje untuk aku..Ya, aku begitu memikirkan soal kerja..sangat!!!Aku pegi 

buka semua page jawatan kosong..aku apply kat jobstreet semua..Sampailah kul4.30 petang gitu la..Aku 

dapat call..Masa first dia cakap aku tak dengar dia cakap dari mana untuk apa..tapi dia tanya aku willing tak 

nk travel dari klang(umah sekarang) ke Petaling Jaya..Sebab dorang nak panggil interview untuk position 

Finance Assistant..Aku pun cakap lah aku akan datang interview tu dulu..Yerla kan, nak atau xnak tu lain 

kira la..kita pegi la dulu interview tu kan...

Abaikan hari yang salah


Lepas dia letak phone..aku terus rasa nak nangis lagi sebab Allah Maha mendengar..aku macam 

Mashaallah..Tuhan sangat dekat dengan aku...aku baru merintih pagi tu, petang dia dah bagi berita gembira 

kat aku..walaupun tak dapat kerja yang kita nak, tapi Allah kurniakan sesuatu yang kita perlu..kerja!

Then lepas tu jugak, aku terfikir pasal call dari kakak aku yang cakap ada interview terbuka kat 

Tabung Haji Terengganu 15&16/5..Masa dia call ahad tu aku macam fikir xsempat nak balik..tiket mesti 

mahal semua..Tapi semalam aku fikir...Allah dah buka jalan rezeki aku..why not aku berusaha sikit untuk 

semua tu..Dahla aku belum sempurna pun tunaikan perintah Allah..sembahyang lambat..suka lawan cakap 

mak..dan banyak lagi lah..tapi Allah still tolong aku..Jadi, aku buat keputusan untuk balik Terengganu lepas 

interview di Petaling Jaya esok..Maknanya 15/5 aku interview di Petaling Jaya, 16/5 interview kat 

Terengganu, 17/5 keputusan peperiksaan pegawai tadbir..Frens, doakan semuanya berjalan lancar..Doakan 

berita baik untuk aku..Tq semua..


Thursday, May 9, 2013

About Sofina bag


Hey youuuu....

Sangat-sangatlah gembira bila berjaya dapatkan apa yang kita nak...Ok memanglah apa yang kita mahukan 

itu hanyalah nafsu semata-mata tapi itu kepuasan kan?Or maybe ia satu rewards kepada diri sendiri..

Dah keje penat-penat(baca:goyangkaki), mestilah nak reward diri sendiri kan?

Kalau aku, aku selalu reward diri aku dengan ke website www.fashionvalet.com...Dapat reward kan mata 

dah cukup ok..

Tapi masa balik mengundi aritu tiba-tiba tengah scroll down fb, terus nampak restock Sofina bag..

Lincah aku lari pegi luar rumah sebab dalam rumah line slow..nak grab satu...aku dah lama nak beg tu sebab 

nampak cantik sangat designer dia pakai..warna-warna pun cantik...Tapi aritu cam duit takde lagi..hukhuk


pilih kuning sebab adore Vivy Yusof
Cantikkan warna kuning ni?Ada 6 kaler semuanya..tapi masa aku tengok hanya tinggal 4 kaler je lagi..

Semua cantik-cantik tapi akhirnya aku pilih warna kuning..

Dari segi kualiti material aku rasa sangat ok sebab kalau kotor senang nak bersihkan and ia nampak 

solid(baca:kukuh)..aku pun harap ia solid sehingga bertahun lamanya.Memang berbaloi sangat aku beli..

Tapi aku rasa beg ni sesuai untuk student sebab saiz dia besar boleh letak buku and laptop sekali..Kalau nak 

bawa pegi jalan-jalan bagi aku ia terlalu besar..Tapi kalau tengok Vivy Yusof pakai cam cantik

je..hurmmmm...

Semalam bila dah dapat parcel..laju pegi jeleskan rakan-rakan..



Cakap jela jeles kan?=P



Wednesday, May 1, 2013

Bila dah jadi habit mulut


Kita selalu dengar kan member-member laki kalau sembang kemain bahasa dorang macam kasar kan..tapi 

sebenarnya bukan sebab dorang mulut longkang, hati busuk ke atau dorang memang sengaja cakap 

buruk..tapi sebenarnya habit mulut dorang terkeluar secara tidak sengaja..

Contohnya macam masa aku duk asrama dulu..budak lelaki lah yang biasa buat..Bila dorang nak g makan 

kat dewan makan terserempak ngan kawan yang baru siap makan..

"hoii..makan ape gila?"

"Roti sosej je"

"Sedap tak gila?"

Haaaa..nampak tak habit mulut dorang bercakap..

Sama jugak masa drive kereta...bila orang depan bagi signal kiri, tapi masuk kanan...kita yang kat belakang 

terus terkeluar..

"Gilaaaa!!!"

Yang peliknya pemandu rilek je cakap "astaghfirullah..."

Kalau dah habit, duk belakang pun suka maki orang...habit mulut..*eh terasa lak*

Kalau baca timeline twitter member-member pun sama..bila kawan dia tanya..

"sedap tak lagu tu wei?"

"Sedapla gila...sape nyanyi?"

Sebenarnya tercerita benda ni bila aku terfikir dalam kereta tadi..padahal aku kat belakang je..ada kereta 

depan belok kiri tak bagi signal..abang ipar aku rilek cakap astaghfirullah, aku pegi bantai cakap gila..

Selalu sangat aku jadi mafia jalan raya maki-maki orang dalam kereta..bila orang pandang balik, orang tu 

lelaki, aku terus pandang depan buat-buat nyanyi..*goyang sikit* hikhik