Wahhhh...tetiba bila tengok balik decoration untuk majlis rumah terbuka dan ulangtahun pertama Dhiya,
rasa berbangga lak dengan kekreatifan diri walaupun semuanya sudah siap pasang.hewhew
Ok, mari bercerita tentang DIY decoration dessert table. Dengan penuh excitednya aku dengan cekcik
(kakak) nak buat dessert table macam Sazzy Falak buat masa birthday anak dia. Fefeeling retis
jugaklah.So kitorang pun survey lah harga package dessert table. Tanya punya tanya, semuanya rm1000++
ke atas. Mak aih!!!tak mampu eden. Hilang terus feeling retis.
Jadi, cekcik dengan kuasa duitnya, lantik aku jadi pendeconya. Eh cam pelik bunyinya. Aku dengan mata
kuar duit kecing-kecing terima tawaran tersebut.
So, kitorang ke Balloonbuzz untuk beli peralatan pasang siap. So, kitorang tempah belon n beli banner or
ape ntah orang panggil. senang cite barang-barang hiasan la. Selesai!! Then kek lak aku tempah kat
Anis Magic Finger kat shah alam. Kek dia sedap dan cantik. Pinggan untuk letak kek kitorang beli kat
KK Deco dan sangat disarankan kalau nak beli barang hiasan better ke sini sebab barang-barang banyak
choice dan agak murah. Dengan 3 tempat ni, meja dessert kami hampir selesai.
Dan bila dikira-kira, lagi murah dari upah orang decokan..
Jadi, inilah hasilnya.
ok la kan?takde lah teruk sangat kan.. |
Yang merah kat depan tu hanya tisu sebab xsangka lak canopy service bagi alas meja kosong camni.
Jadi colaboration dengan anak buah aku, dorang lekatkan tisu kat depan.
Nampak tak secara keseluruhannya? |
Ok, secara keseluruhannya macam serabut sebab belon banyak sangat kan..But ok kot first trial.heeeee....
Haaa..ni kek nya. luar cantik, dalam sedap. thumb up! |
Itu sahaja secara ringkasnya hasil tangan buat decoration walaupun asyik gaduh ngan cekcik pasal pemilihan
pinggan untuk letak dessert tu. Semua yang aku buat dia kutuk. Aku xde hal punya..Bukan sakit pun kena
kutuk..bahaha =D
No comments:
Post a Comment