Sunday, November 10, 2013

what i love now

What i loveeeee now isssss...tadaaaa...



 I love to see this little red riding hood grow up depan mata aku. Ya, dia satu-satunya my little niece yang 

aku boleh tengok setiap pergerakan dia. Aku rasa nak update setiap telatah dia sebab dia sangat 

nakal and fast learner. Apa yang ibu, baba or aku buat depan dia, mesti dia ikut. 

Sebab tu kami lebih berhati-hati bercakap bila kami sembang depan dia. 

Yes, i really love to see her everyday. Setiap pagi, bila dia buka mata, kami akan bagi salam.

Nanti dia akan sengih nampak gigi 8 batang tu. Kalau celik je merengek-rengek, ok buatlah persiapan

tengok dia mengamuk. Sekarang kitorang beli kucing untuk dia sebab dulu dia selalu pegi bertenggek

kat luar rumah sebab duk main kucing kampung yang datang cari makan kat rumah..

Tapi kucing yang kitorang beli ni aktif so selalu lah pegi jilat-jilat kaki n lompat-lompat.

Dhiya jadi takut sikit jadi dia selalu gaduh ngan Simon tu. Simon tu pegi duk atas laptop dia, dia akan

marah-marah mengamuk-mengamuk suruh halau. Kitorang 'tak pening' langsung, huh!


Sekarang aku dah terjatuh cinta jugak ngan Simon ni.. Sebab Simon agak manja tapi agresif..

Kadang-kadang aku rasa nak lempang dia sebab dia suka cakar-cakar.

Menaikkan amarah aku jeeee..hewhew

Thursday, October 24, 2013

get out from my life

Hi sweetheart,

Kalau baring-baring mesti ada benda rasa nak update kat blog, tapi bila buka blog, tak tahu nak mulakan 

dari mana. Eceh, macam kisah putus cinta yang sangat panjang lak kan. Ok, arini macam xtahu jugak nak 

update pasal apa, tapi cuba lah jugak tulis pape kan. Dari berhabuk xbuat apa.

Jadi sekarang aku memang addicted terhadap shopping handbag dan kasut. Tapi disebabkan gaji memang 

sangat 'besar', aku sudah mula berfikir untuk menguruskan kewangan dengan hebat. Perancangan harus 

gempak walaupun diri sendiri tahu tidak mungkin 50% pun yang jalan.hewhew. Jadi untuk mendapatkan 

dana bagi menampung nafsu membeli aku ni, aku selaaaaaalu terfikir aku nak buat preloved barang aku. 

Ya, aku memang nak buat preloved tapi aku xtau saluran mana yang akan membantu aku. Baju-baju yang 

xmuat, yang xpakai agak banyak, selalu cakap nak bagi anak-anak yatim la, nak bagi anak-anak buah la, 

tapi sampai harini, guni baju tu xgerak-gerak pun. So, aku rasa preloved ni sesuatu yang xperlu guna tenaga 

yang banyak sangat. Just upload and sell it. Tapi tapi tapi, kalau guna instagram, follower aku berapa kerat 

je, bukan macam blogger-blogger lain. Kalau guna facebook, 

macam segan pulak duk asyik upload gambar. Annoying lah kan..Arghhh semuanya mematahkan semangat 

aku..Jadi aku kuburkan lagi hasrat hati aku. Ok, memang tak guna sangat hidup aku kan?

Sekarang yang boleh bantu aku membeli belah adalah mengepau kakak-kakak yang baik hati jerla..

Mission Accomplished!!bahahahahaha..hukhuk *terbatuk lak*


Kita nak jual yang ni pun masih tak laku-laku. Sedih kita. Kita nak beli kasut baru. Kita pakai sekali je 

kasut ni terus sakit kaki terus cedera parah terus tenat. eh tipu.. Terus berparut sebab melecet. Sobs.


Ni menunjukkan nafsu membeli belah yang ada dalam diri. Semua duk tunggu aku kat kerusi aku pilih baju.

Menyayangi mereka!!!


Thursday, September 5, 2013

DIY Birthday Party Dessert Table

Wahhhh...tetiba bila tengok balik decoration untuk majlis rumah terbuka dan ulangtahun pertama Dhiya, 

rasa berbangga lak dengan kekreatifan diri walaupun semuanya sudah siap pasang.hewhew

Ok, mari bercerita tentang DIY decoration dessert table. Dengan penuh excitednya aku dengan cekcik 

(kakak) nak buat dessert table macam Sazzy Falak buat masa birthday anak dia. Fefeeling retis 

jugaklah.So kitorang pun survey lah harga package dessert table. Tanya punya tanya, semuanya rm1000++ 

ke atas. Mak aih!!!tak mampu eden. Hilang terus feeling retis.

Jadi, cekcik dengan kuasa duitnya, lantik aku jadi pendeconya. Eh cam pelik bunyinya. Aku dengan mata 

kuar duit kecing-kecing terima tawaran tersebut.

So, kitorang ke Balloonbuzz untuk beli peralatan pasang siap. So, kitorang tempah belon n beli banner or 

ape ntah orang panggil. senang cite barang-barang hiasan la. Selesai!! Then kek lak aku tempah kat 

Anis Magic Finger kat shah alam. Kek dia sedap dan cantik. Pinggan untuk letak kek kitorang beli kat 

KK Deco dan sangat disarankan kalau nak beli barang hiasan better ke sini sebab barang-barang banyak 

choice dan agak murah. Dengan 3 tempat ni, meja dessert kami hampir selesai. 

Dan bila dikira-kira, lagi murah dari upah orang decokan..

Jadi, inilah hasilnya.

ok la kan?takde lah teruk sangat kan..
Yang merah kat depan tu hanya tisu sebab xsangka lak canopy service bagi alas meja kosong camni. 

Jadi colaboration dengan anak buah aku, dorang lekatkan tisu kat depan.

Nampak tak secara keseluruhannya?
Ok, secara keseluruhannya macam serabut sebab belon banyak sangat kan..But ok kot first trial.heeeee....



Haaa..ni kek nya. luar cantik, dalam sedap. thumb up!


Itu sahaja secara ringkasnya hasil tangan buat decoration walaupun asyik gaduh ngan cekcik pasal pemilihan 

pinggan untuk letak dessert tu. Semua yang aku buat dia kutuk. Aku xde hal punya..Bukan sakit pun kena 

kutuk..bahaha =D









Wednesday, September 4, 2013

Dhiya 1st birthday

Assalamualaikum readers..ahaks

Harini 1st birthday anak buah aku ..beliau lah satu-satunya anak saudara aku yang membesar di 

depan mata ku. Yang lain takyah cakap lah, aku balik sekali muka bulat, balik kali kedua muka gelap 

sikit n dapat merangkak balik lagi sekali tengok-tengok dah dapat jalan..tapi yang ni, aku duk ngan die,

sembang ngan dia (tipu), cubit sikit, senang cite aku tengok die dari die bayi sampai lah 1st birthday dia

arini.

Beliau adalah Nur Dhiya Jafni Bt Johari dengan tagline tersendiri beliau,

"adik comey kalau adik tak mengamuk".. =)

Tagline ini digunakan sebab beliau dari kecik sampailah sekarang memang boleh nangis tanpa sebab.

Kalau larang or tahan dia dari buat sesuatu, memang mengamuk jerit satu dunia dengar. hebat kan beliau??

Sangat gemuk

Masih gemuk

Sebelum demam

Sekarang

Dah slim


Happy birthday adik. Semoga jadi anak yang solehah okey? Jangan nangis-nangis tak tentu pasal lagi ok? 

Nati ceksu beli kucing comel untuk adik deh3??Adik mesti suka...


Monday, June 17, 2013

Monday Blues


Assalamualaikum semua..

Sesungguhnya arini aku sangat malas untuk pegi keje..Tapi apakan daya, bila bangun pagi ni aku tak ngantuk 

dan senang untuk bersiap-siap ke tempat kerja..jadi aku bawa diri seperti biasa. Sampai je di ofis aku 

tekanan perasaan tengok meja dan alat-alat tulis aku semua hilang..Tengok-tengok lagi, banyak kerja yang 

aku tinggalkan untuk mereka buat sendiri masih di meja aku..ok aku tak bengang.
.
.
.
Alhamdulillah, aku baru selesai menunaikan umrah pada 31 Mei - 11 Jun aritu..tapi aku masih belum 

bersedia untuk update mengenai perjalananku dan pengalamanku di sana. Alhamdulillah sekali lagi im doing 

well walaupun pada 3 hari terakhir aku uzur perempuan(period). Bila aku dah rajin edit-edit gambar aku 

akan update..Sekarang mood jetlag masih berleluasa..kemain sikit,huhu

teaser #menarajambesar

Monday, May 27, 2013

Gagal itu ujian Allah


Hai reader...

Minggu lepas lepas aku ada tulis pasal interview kan..jadi salah satu dari nya dah dapat result..ok senanya ini 

adalah harapan aku paling tinggi nak sangat..Tapi apekan daya ianya takdir Tuhan dan bukan rezeki 

aku..Aku sudah gagal dengan jayanya ujian bertulis PTD..uwaaaaaaa...*lari lompat katil tekap muka ngan 

bantal nangis*

See!!!

Rasa nak bunuh seekor ayam hutan..Nak bunuh diri xbau syurga plak..Rugi lagi..Muda-muda dah mati..amal 

jariah tak cukup..hukhuk.

So, i have another two chances..dont know bila result nya boleh tahu...I'allah setelah pulang dari Tanah Suci 

aku dapat berita gembira..Tuhan bukakan pintu rezeki ku seluas-luasnya..I'Allah..

tapi alhamdulillah orang disekeliling ramai yang tenangkan aku..Betul kata mereka, aku grad tak sampai

setahun pun lagi..Kakak aku pun cakap, untuk perkara lain Tuhan dah bagi jalan yang sangat senang untuk 

aku..

Ape aku nak?? Keluarga besar dan bahagia??

Nah!!


Nak ape lagi? Kawan-kawan yang menggembirakan?

Nah!!



Sori kalau kawan-kawan memang takleh upload semua la nanti seminggu baru siap..

Ape lagi aku nak?Nak kereta?Nak duit?Nak handphone?Nak kawen?ok yg ni memang takdapat..

Jadi Tuhan nak aku rasa susah sikit pada jalan ini..Biar aku tahu erti susah dan bersyukur..perancangan 

Allah adalah yang terbaik..Jadi, kegagalan ini hanyalah satu ujian yang saaaaaangat kecil dari 

Allah..berbanding orang yang laaaaaaagi susah hidupnya dari kita..kan?

Tuesday, May 14, 2013

Percayakan Allah


Percaya lah Tuhan sangat dekat ngan kita dan Maha mendengar..


Dari pagi semalam lagi emosi aku terganggu sebab memikirkan kerjaya..Yerla kan..member-member keje 

gaji semua besar-besar..Aku lak keje kontrak je..Jadi aku termenunglah fikir bila aku akan dapat kerja yang 

ade payslip..yang tetap..jadi jiwa aku kacau sehinggakan aku rasa nak nangis..Tapi semalamlah hari aku 

bersungguh-sungguh fikir pasal kerja..Aku pegi post kat wall family group suh orang carikan aku keje..Sape 

tegur aku kat chat, aku suh carikan keje untuk aku..Ya, aku begitu memikirkan soal kerja..sangat!!!Aku pegi 

buka semua page jawatan kosong..aku apply kat jobstreet semua..Sampailah kul4.30 petang gitu la..Aku 

dapat call..Masa first dia cakap aku tak dengar dia cakap dari mana untuk apa..tapi dia tanya aku willing tak 

nk travel dari klang(umah sekarang) ke Petaling Jaya..Sebab dorang nak panggil interview untuk position 

Finance Assistant..Aku pun cakap lah aku akan datang interview tu dulu..Yerla kan, nak atau xnak tu lain 

kira la..kita pegi la dulu interview tu kan...

Abaikan hari yang salah


Lepas dia letak phone..aku terus rasa nak nangis lagi sebab Allah Maha mendengar..aku macam 

Mashaallah..Tuhan sangat dekat dengan aku...aku baru merintih pagi tu, petang dia dah bagi berita gembira 

kat aku..walaupun tak dapat kerja yang kita nak, tapi Allah kurniakan sesuatu yang kita perlu..kerja!

Then lepas tu jugak, aku terfikir pasal call dari kakak aku yang cakap ada interview terbuka kat 

Tabung Haji Terengganu 15&16/5..Masa dia call ahad tu aku macam fikir xsempat nak balik..tiket mesti 

mahal semua..Tapi semalam aku fikir...Allah dah buka jalan rezeki aku..why not aku berusaha sikit untuk 

semua tu..Dahla aku belum sempurna pun tunaikan perintah Allah..sembahyang lambat..suka lawan cakap 

mak..dan banyak lagi lah..tapi Allah still tolong aku..Jadi, aku buat keputusan untuk balik Terengganu lepas 

interview di Petaling Jaya esok..Maknanya 15/5 aku interview di Petaling Jaya, 16/5 interview kat 

Terengganu, 17/5 keputusan peperiksaan pegawai tadbir..Frens, doakan semuanya berjalan lancar..Doakan 

berita baik untuk aku..Tq semua..