Wednesday, January 25, 2012

::mereka dah kawen, aku bila lagi??::

halo halo halo..masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru cina kepada warga cina..yerlah,mana mungkin terlambat, bos pun xbagi angpau lagi kan..mahu pau lebih2 sikit bos..sebab kedengaran dapat wedding project hampir 1juta..ok,jangan percaya sebab ianya audit firm,bukan bridal company..k,xlawak langsun!

Seperti biasa,bila cuti je,maka ramailah mendirikan masjid mereka..ramai betul yang berhati mulia dan berpoket penuh..masing2 berebut tarikh nak buat masjid masing-masing..termasuklah kawan sekolah lama aku,fathiah dan wan muhd muizzudin..bercerita mengenai mereka, mula2 tahu dorang bercinta, aku dah macam siti jarum dapat gosip pasal fasha sandha nak kawen gitu..aku dah gelabah pegi tanya orang bila dorg bercinta, macammana dorang boleh bercinta...ya lah, kalau sape kenal si din tu,memang x lah nak cakap die ada perasaan terhadap wanita..bukan bermaksud din sukakan lelaki,tapi tapi tapi..entahlah sukar untuk ku lafazkan..din tu,kalau sepatah ko tanya,separuh patah pun belum tentu lagi dia jawab..sungguh pendiam orang nya tapi cukup terar ok matematik..sangat terar ok..

Semalam aku pegi kenduri di rumah din..jadi ape lagi,mama juwie mestilah akan bergosip..lalu aku dengan kepohnya tanya macammana si din tu mengorat tia..sebab tia hanya sempat sekolah kt sekolah kitorang sampai form3 je..rupanya si din ni menyukai tia dari form3 lagi..then terus mencari tia melalui laman sesawang..sweet kan din??owh din,ko lah aaron aziz dalam diam..hahaha..maaf din,kami jeles ko dah kawen..tahniah sekali lagi buat din dan tia...





ini belum mintak kebenaran tia n din pun..kalau kena gam aku redha..sob sob sob

***

Ni lak aku nak tunjuk aku kreatif..photo sempena tahun baru cina..

model kurang menarik sikit,haha


Bermula nya gong xi fa cai,maka bibik tanti sudah balik indonesia selama2nya..sob sob sob.

No comments:

Post a Comment